Wednesday, January 1, 2014

by Kay Conner Pliszka

"Sekiranya saya tidak sukakan seseorang, saya perlu mengenalinya dengan lebih baik."
(Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat)

Hari itu hari pertama selepas saya memilih berhenti mengajar di dalam bilik darjah dan menjadi seorang koordinator kebajikan pelajar sekolah menengah. Saya bertanya kepada seseorang wanita yang sudah bersara daripada jawatan itu, bagaimana beliau dapat bertahan bekerja dengan pengetua yang berfikiran sempit dan bersikap negatif kepada guru-gurunya.

Jawapan beliau begitu indah dan positif sehingga saya terdorong menghayatinya serta-merta. Ia menyelamatkan saya daripada menghabiskan masa berasa kecewa atau berdendam, dan sejak itu menjadi penyelesaian kepada kebanyakkan konflik dalam kehidupan saya.

Jawapan beliau mudah sahaja, "Saya mendoakan dia. Sukar untuk kita tidak suka kepad orang yang kita doakan."

Saturday, August 31, 2013

Cerita Hidup #1


Hidup. Penuh dengan pancaroba. Ujian. Tak pernah terpisah dengan cerita hidup kita. Pedih dan perit. Mahu tak mahu. Manis atau pahit. Kita harus terima. Kerana itu tanda Allah sayang akan kita. 

Hati menafikan. Diri mengiyakan. Ya Allah, talam dua mukanya?! Mereka sahabat. Kita sahabat. Moga Allah berkati. Tak semua perkara yang kita akan suka yang ada pada diri sahabat kita. Sebab tak semua orang sempurna. Tetapi Allah menciptakan manusia. Allah menghadirkan insan yang bergelar keluarga, kawan, sahabat, saudara, adik-beradik dan lain-lain.

Kerana Apa?

Kerana hidup ini saling memerlukan. 

Ada sahabat untuk membetulkan sikap kita yang buruk. Ada keluarga untuk sentiasa memberi dorongan atau semangat untuk terus hidup yang penuh dugaan ini.

Sahabat. Aku terpesong. Ke arah yang salah. Bimbing daku. Dorong daku. Aku tak kuat untuk menghadapi dugaan yang aku terima ini seorang diri. Aku tak sempurna. Maafkan daku. Bantu aku. Pimpin tanganku. Aku lemah. Sedarlah, hidup ini saling melengkapi.

Sahabat. Aku sayang kamu. Aku suka berkawan dengan kamu. Tetapi, tidakkah kamu mengetahui yang Allah tidak suka akan hamba-Nya yang bersikap kasar? Awak, wahai Sahabat. Mencarut? Apa faedahnya? Apa manfaatnya? 

Ya. Aku tahu kau sedang marah. Tetapi, tidak bolehkah jika lepaskan dengan benda lain? 

Sabar. Sabar. Sabar. Dah biasa dengar kan, Sabar itu separuh daripada iman. 

Awak. Saya penat nak dengar ayat kotor itu. Dah serik! Sakit dan sentap dengar benda  semua tu. Saya tak reti nak menegur. Moga awak sedap dengan perbuatan awak ini. 

Awak. Saya mohon jangan buat lagi. Saya bercakap untuk diri aku sendiri dan anda sekalian.



Wednesday, June 5, 2013

Sesal di Pintu Saqar.


SURAH AL-MUDDATHTHIR 74:42-47

42. (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (Neraka) Saqar?"
43. Orang-orang yang bersalah itu menjawab: " Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
44. "Dan kami tidak pernah memberi makanan (berzakat) kepada orang-orang miskin;
45. "Dan kami juga dahulunya selalu memperkatakan perkara yang salah bersama orang yang memperkatakannya;
46. "Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
47. "Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini.(mati)"


Jom kita Muhasabah Diri ♥


Thursday, May 23, 2013

Apa yang cuba ku ubah.

Hidup tak selalunya indah.


Hidup ini bagaikan putaran roda. Tak selalu kita akan berada di atas. Kadang-kadang kita akan berada di bawah. Aku bertutur berdasarkan pengalaman. Sama sekali aku tidak mahu adik adik junior aku terpesong dan tersungkur ke kancah maksiat.

Dengar dan peka. Nasihatku bukan perkara yang sia-sia. Nasihat ini supaya kau menjadi hamba Allah yang berjaya dunia akhirat. Engkau dipandang tinggi. Engkau dikurniakan Allah dengan kepandaianmu, keayuanmu, kecantikkan paras rupamu. Ibu bapamu juga dipandang tinggi. Jangan adikku. Jangan sesekali cuba untuk mencalarkan maruah dirimu. Juga, jangan sesekali mencalarkan maruah ibu bapamu. Jangan sesekali! Hanya demi sang Adam yang menyayangi dirimu.

Aku tahu. Dirimu juga tahu. Suka itu fitrah. Tapi adikku. Bukan masanya. Perkara ini amat sia-sia. Cinta Ilmu dahulu. Tahan nafsumu wahai Adam. Allah sudah tentukan Jodohmu. Kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan. Sabar. Bukankah Allah ada berfirman, "Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar." Janji Allah itu pasti. Trust Him. 

Ayuh kita sama-sama ubah diri. Bantu agama Allah. Kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Hadapi masalah anda dengan senyum. Hidup diberkati Allah. Itu yang semua inginkan.
Allah knows what is the best for you.

Wallahua'lam.

Friday, January 25, 2013

Istimewa Buatmu Wanita ......



  1. "Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah." [Riwayat Muslim]
  2. "Wanita apabila ia sembahyang lima waktu,.puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat kepada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang dikehendaki." [Riwayat daripada Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik]
  3. "Wanita yang aat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama dia masih taat kepada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya."
  4. Dari Muaz bin Jabal. Bersabda Rasulullah SAW; "Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari api neraka."
  5. "Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa daripadanya seperti keadaan ibunya melahirkannya."
  6. "Ya Fatimah, jika seorang wanita menyapukan minyak ke rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari nerka dan selamatlah ia melintasi titian Siratulmustaqim."
  7. "Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfar para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan."
  8. "Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah."

Monday, December 17, 2012

Father & Daughter


Assalamualaikum. 
Hari ini terdetik pula nak post about Father & Daughter. Pernah hamba-hamba Allah mengadu pada saya yang dia tidak boleh nak rapat dengan insan yang digelar Ayah/Bapa/Abi/Dad/Father. Tidak pernah mengadu masalah pada ayahnya. Juga tidak pernah memeluk ayahnya sejak bila umur sudah meningkat remaja. Saya tidak pernah salahkan mereka atas sikap mereka itu. Saya hanya mampu mendengar. Saya sedih. Saya cemburu pada kawan-kawan saya yang masih mempunyai ayah. Saya cemburu bila ayah mereka datang ke sekolah untuk menjemput mereka. Saya teringin nak cium tangan ayah saya lagi. Tersangat sedih bila mereka masih berpeluang untuk peluk ayah mereka. 

Setiap yang berlaku pasti ada hikmanya. Saya redha dengan apa yang berlaku. Allah knows what is the best for me and my family. Dengan kematian arwah Abi, ia memberi saya peringatan bahawa mati itu datang bila-bila saja. Persiapkanlah amalan-amalan kita pada-Nya. Jangan leka dengan duniawi. 

Saya dikejutkan lagi dengan kes di twitter. Saya terbaca tweet seorang hamba Allah. Tweet beliau membuatkan saya sedih dan kecewa. Saya tidak mahu salahkan dia. Cukup saja ambil pengajaran dari apa yang berlaku. Tolonglah hargai ayah anda selagi mereka masih hidup. Taat pada ibu bapa anda. Jangan sesekali menaikkan suara anda pada mereka. Sejahat-jahat mereka sekalipun, dia tetap ayah kita. Tanpa ibu bapa kita, siapalah kita didunia ini. Peluk mereka, berborak dengan mereka, luangkan masa dengan mereka. Sebelum tidur, minta-maaf pada mereka atas segala kesalahan yang pernah dilakukan.

Untuk Abi akak yang disayangi. Moga Abi tergolong dalam mereka yang beriman. Kalaulah Abi hidup lagi, kakak nak sangat mengadu macam-macam dekat Abi. Masalah kakak, apa yang terjadi, apa yang kakak alami di sekolah. Kakak teringin jugag peluk Abi lagi. Kakak masih ingat bila kita satu family keluar jalan-jalan. Kakak suka jalan-jalan dengan Abi sambil pegang tangan Abi. Masih terasa lagi tangan kasar Abi tu, Haha :') Kakak hidup tak lama dengan Abi, hampir 12 tahun. Time tu kakak tak UPSR lagi. Kakak dapat tahu Abi meninggal tu waktu Trial UPSR. Kakak tak sangka akan jadi macam tu. Sebab sehari sebelum Abi meninggal, Abi balik rumah. Masa tu Abi tengah tengok TV dengan Ummi. Kakak main keyboard, lepas tu kakak tanya Abi, "Abi, bila Abi nak belikan kakak Piano?" Abi pun cakap..,"Nantilah" Itulah ayat last kakak cakap dengan Abi. Kakak masih ingat sampai sekarang. Tapi sekarang kakak dah tak belajar main Piano dah. Kakak dah duduk asrama. Abi nak tahu tak, sehari lepas Abi meninggal, kakak terpandang Keyboard tu, kakak tak boleh tahan perasaan ni. Kakak ingat kata-kata Abi yang Abi akan hadiakan kakak Piano suatu hari nanti. 

Abi, kakak rindu Abi. Kita satu family rindu Abi. Ya Allah, pertemukanlah kami di syurga yang kekal Abadi. Amin Ya Allah.