Wednesday, January 1, 2014

by Kay Conner Pliszka

"Sekiranya saya tidak sukakan seseorang, saya perlu mengenalinya dengan lebih baik."
(Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat)

Hari itu hari pertama selepas saya memilih berhenti mengajar di dalam bilik darjah dan menjadi seorang koordinator kebajikan pelajar sekolah menengah. Saya bertanya kepada seseorang wanita yang sudah bersara daripada jawatan itu, bagaimana beliau dapat bertahan bekerja dengan pengetua yang berfikiran sempit dan bersikap negatif kepada guru-gurunya.

Jawapan beliau begitu indah dan positif sehingga saya terdorong menghayatinya serta-merta. Ia menyelamatkan saya daripada menghabiskan masa berasa kecewa atau berdendam, dan sejak itu menjadi penyelesaian kepada kebanyakkan konflik dalam kehidupan saya.

Jawapan beliau mudah sahaja, "Saya mendoakan dia. Sukar untuk kita tidak suka kepad orang yang kita doakan."

No comments:

Post a Comment